|
Kehilangan.
Tercicir.
Dah nama pun TER mestilah kita tak sengaja buat benda tu. Especially benda yg bernilai & yang kita sayang.
Nak dijadikan cerita semalam phone aku yang baru pakai sebulan lebih tercicir & hilang dekat kedai Sri Affa (ecm) biasalah sementara tunggu makanan sampai memang main phone dululah kan. then lepas makanan dah sampai aku tak pasti sama ada letak tepi meja // dekat kerusi.
Dah siap makan mintak bill and bayar lepas tu terus pergi. tak sampai 5 minit dekat depan starbucks baru teringat kan phone tu. Biasanya aku ni jenis careless takde kat tangan memang letak dlm handbag. Ni dalam handbag pun takde. Annis cakap atas meja tadi tak ada tapi tak tahulah sbb phone hitam, kerusi hitam mejanya pun hitam.
Berciput pergi semula ke sana tengok-tengok memang dah takde. Takde customer lain yg sempat duduk lagi. Aku dah mula gelabah. Dah mula resah. Annis tanya budak budak yg duduk dekat table sebelah kami. Budak-budak tu cakap tak nampak org lalu situ. Aku tak syak bebudak ni sebab one of them aku kenal sebab duduk dekat rumah. Lagipun ada perempuan dalam kelompok diaorang tu. Diaorang pun buat hal sendiri.
" phone jenis apa? "
" samsung grand quattro "
" buat silent ke ?? "
" emm...... "
" lah kenapa buat silent ?? "
" kalau tahu nak hilang takkan buat silent. "
So yang disyaki...
That guy yang bagi bill kat kami && yang angkat pinggan kami. Orang yang sama. Biasalah pencuri mana yang nak mengaku dia tu pencuri right? CCTV kebetulan dah lama rosak. So memang tak dapat membantu. mintak tolong staff-staff lain check kat bahagian dapur memang harapanlah kan. Menangis aku kat situ. Tak kisah dah kenapa orang pandang.
Suddenly,
That guy yang aku syak tu datang dekat
" kau tuduh aku kenapa? pandang-pandang aku? aku memang pantang kalau macam ni kan...."
" bukan aku nak tuduh....... "
Ayat aku tersekat sampai situ sebab sebak sedih semua ada. Kalau tak buat salah, janganlah marah-marah. Cakap jelah yang kau tu tak salah. Berani kerana benar. Kau sound aku mcm tu lagilah kuat firasat aku yang kau lah yang ambil phone aku.
10 minit lepas tu manager dia datang. So bincang punya bincang tahulah apa kerja dia nak buat dekat staff-staff dia. Masa ni try call semula memang dah tak dapat. Direct je aku cakap yang aku syak staff-staff dia yang ambil. Dah nak tuduh siapa lagi? ya aku tahu aku lalai tapi kalau takde orang yang ambil and dia tu pekerja yang jujur phone tu akan ada. Lepas tu nak marah-marah orang!
Balik rumah memang dah buntu tak tau nak cakap kat mak abah mcm mana. Bercerita sambil menangis. Mak tak marah beria tapi terkilan tu mesti ada. Then mak mintak tolong kawan mak yang kenal sorang pakcik ni memang pandailah benda-benda macam ni. Dia bukan dukun tau! So semalam jumpalah pakcik tu dekat satu tempat. Cerita lah semua kat dia and dia cakap phone aku tu memang tercicir. Tak pergi jauh. Masih ada kat sana. And pakcik tu syak apa yang aku syak. Manusia kalau dah mencuri buat salah macam-macam cara nak sorok barang yang dia curi tu. Tawakkal jelah yang mampu. Bukanlah aku percaya 100% dekat pakcik tu tapi at least dah ikhtiar :)
Kepada si pencuri, Aku tahu kau tahu yang kau buat kerja yang salah. Tolonglah aku mintak sangat-sangat kau pulangkan balik phone aku. Aku tahu tipis peluang aku nk dapatkan phone aku tu semula sbb kau akan fikir diri kau tu pencuri yang bodoh kalau kau pulangkan phone aku tu. Kalau kau pulang ofcourse kau kena buang kerja kan. Kau duduk jauh kau nak kerja kat mana lagi kalau kau dah ada rekod buruk. Tolonglah aku mintak kalau kau taknak pulang its okay aku anggap bukan rezeki aku tapi tolong jangan buat macam-macam kat memory card aku tu sebagai dendam. Aku tak boleh tau niat kau tapi tolonglah :( Aku harap kau jual phone tu sekali dengan memory card tu. Itu lebihbaik bagi aku tapi tidak bagi kau sbb kau dapat duit yang haram. Allah tu Maha Adil. Aku harap kau dapat balasan setimpal dengan perbuatan kau.
Tinggal kenangan. Ini pengajaran buat aku supaya tak careless lagi & yakin apa yang berlaku ada hikmah. Mungkin nak bagi aku study utk final exam biar dekan utk sem ni hehehehe :p
si cenggeng,
aifa fasihah.
|