|
Selamat Hari Lahir, Sahabat.
Assalamualaikum...
post kali ni nak cerita pasal sahabat saya. hamboui skemanya..
Oklah,
banyak hari jugak lah kan aku fikir macam mana aku mula rapat dengan si Farhaiza Annis ni. First yang terlintas yang hampir tak kena saman speedtrap ni waktu form one rasanya. aku kelas D dia kelas B. masa tu ada someone ni suka kat boyfriend dia ni. yang si "someone" ni dulu kami berkawan tau. then satu hari tu si "someone" ni suruh aku tanya si annis ni betul ke yg dia couple dengan boyfriend si annis ni. Aku pun sedia menurut perintah tarik tangan si annis ni tanya. pastu annis ni jawab apa ntah aku dalam hati "ee kerek nya dia ni.." alamak ter-mengumpat versi hatilah pulak *tutup mulut*
Haaa dah ingat!
waktu form 3 right? lepas habis pmr kan kan kan? haaaa dari situ kita start rapat. pastu naik form 4 kita sama kelas. pergi ke timur barat selatan kita berdua. naik form 5 baru kita rapat dengan leyna ain kan kan? ogosh terharunya lama tak makan semut dah kembali pulih ingat gue mihmihmih
" potong kuihnya.... potong kuihnya......"
( ya ampun ain! )
dear my beloved best friend,selamat hari lahir. aku doakan Allah swt panjangkan umur kau. Murahkan rezeki kau. Allah swt sihatkan tubuh badan kau. biar tak sakit here sakit there kaaaaaan And aku harap aku & kau akan jadi sahabat sehingga jannah aminnnn. And aku nak mintak maaf kalau aku takde bila kau susah. aku mintak maaf sangat-sangat. Aku harap persahabatan kita sampai jannah okay. And aku harap birthday kau kali ni lebih baik dr sebelumnya hoggeh! i love you nah muah setepek! x
Annis,
terima kasih sebab :
1) Selalu ada dengan aku bila aku jatuh bangun. terima kasih tau. Seriously even kita ada berpuluh puluh berjute jute kawan katekooo tak guna bila depa just ada time kita senang. bila susah? langsung takde. Kau ada dengan aku. dengar masalah aku. support aku. hish memacam lagilah..
2) Langsung tak berkira dengan aku & family aku. terima kasih sangat sangat halal kan segalanya eh apa yg terlebih terkurang dulu dan akan datang. terima kasih kerana menjadi satu-satunya supplier makanan dalam kelas. Beraneka juadah yg kau bawak yang manis sampailah ke masin masam kihkih ingat tak dulu zaman sekolah kau masak kami bawa bekal nasi? hehe then time rehat makan ramai-ramai. kau masak lempung masak merah, daging blackpaper, jemput udang, spageti. aku yg kurang spageti pun boleh makan yg kau masak.
3) Jadi pendengar yg setia. Apa apa masalah aku maybe banyak yg aku share dengan kau. even benda tu remeh-temeh-memeh sekali pun aku cerita gak kat kau biar aku semakkan lagi hidup & kepala kau dengan masalah aku hahaha apa yg aku tak suka, aku benci, aku menyampah, semualah aku cerita. Sampai aku sendiri tak tau masalah aku apa. ok..... Ada sekali masa aku down sangat dulu sampai call kau nangeh-nangeh omg memang aku malu time tu tp aku fikir aku ada kau je ya Allah pls annis terharu..
4) Jadi perunding imej kenkadang hahaha kalau nak hang je aku akan tanya okay tak pakai macam ni? okay tak macam tu? terima kasih sekali lagi sbb terpaksa luangkan masa kau dengan perangai semak aku lagi dan lagi hahaha
Hope kau suka suprised yang tak seberapa suprised tu yang "aku dah tau aku dah tau" hish lain kali buat-buatlah tak tau, buat-buat terkejut ke menangis terharu ke baru rasa berbaloi bila jadi kejam tak wish birthday kau semalam ( sorry ) kihkih terhendap-hendap depan rumah kau macam pencuri tau. dengan si budak kecik boleh pulak pecah rahsia cakap kat anis " nanti ada perempuan ramai-ramai datang..." omg memang kacau terus plan hahaha Sorry again tak wish birthday kau sumpah rasa macam kejam sangat tak wish kihkih but jangan risaulah aku takkan lupalah birthday sahabat aku :)
your beautipul priend,
aifa fasihah
|